Saturday, 5 January 2013

PUISI BUAT SAHABAT


TERIMA KASIH SAHABAT

Bagaikan setiap masa dan ketika aku selalu memintamu
berada disisi ku menemaniku
setiap masa dan setiap detik


Aku tahu aku sering menyusahkanmu
namun engkau tetap menguntumkan senyuman manis
sepertinya engkau tahu betapa suramnya hatiku
dan engkau berusaha menghiburkan aku dengan senyuman itu.

Terima kasih, sahabat.

Aku begitu bersyukur
kerana engkau adalah sahabatku.


Bersama-sama
kita lalu denai kepayahan
bersama-sama
kita turuni bukit cabaran
juga, bersama-sama
kita seberangi lautan kesedihan.

Dan engkau
tidak pernah jemu dengan karenahku;
sudi menjadi pendengar di sisiku;
sudi membeli masalahku.

Terima kasih, sahabat.

Harapanku
semoga kita berjaya bersama kelak
engkau di bidang mu
dan aku dibidangku
Insyaallah sahabat


p/s : specially utk sahabatku FALEEYANA FARHANA & NURULNAAIN n semua sahabat di luar sana :) Me love u olls <3

MINYAK DAGU

TITTLE: MINYAK DAGU
DATE:  4th JANUARY 2013
VENUE: STARMALL, MENTAKAB

Rasanya dah lama sgt x update blog, dh bersawang pon blog nie bkn xnk update cuma xtw nk update ap xbyk story la. Hari nie I nk update pasal movie yg baru ditayangkn iaitu "MINYAK DAGU"..minyak dagu adalah sejenis minyak pengasih org selalu gunakn minyak dagu nie utk dptkn org yg dia suka..ish3 sampai mcm 2 sekali kn..I rasa xperlu kot gunakn minyak dayu utk dpt kn org yg kita suka..sbbnya kalo jodoh kita mmg dgn org yg kita suka 2 cpt atau lambat dia tetap akn jadi milik kita & walaupon kita guna minyak dagu kalau dia yg kita guna2 kn 2 bkn jodoh kita dia tetap xkn jadi milik kita..so as a muslims kita kena percaya kpd Allah S.W.T kerana dia yg maha mengetahui segala2nya..

I pergi tgk cite nie dgn girlrfriends I..this is the 2nd time kami tgk wayang sama2..setiap kali keluar dgn mesti happy sebabnya kami semua nie otak gila2 sikit..dorg mmg excited gila nk tgk cite minyak dagu nie..sehari ktorg pergi seharian kami habiskn masa nk cari transport..kami mencari tanpa mengenal erti putus asa..hahaha akhirnya kami dpt cari 1 van..alhamdulillah..

Kami gerak dri uitm dlm pukul 10 pg n sampai b4 11 am..sampai je terus pergi beli tiket sbbnya takut tiket habis..huhuhu


sementara nak tunggu movie start kami jln2 la dulu kat STARMALL 2 b4 nie dgr je org cite pasal starmall 2..n now sampai jgk kami kt starmall 2..not bad okay la wlpon belum byk kedai yg bkk n still ad lagi bangunan yg dlm pembinaan okay la seronok jln2 kt sana..hehe




b4 movie start kita lunchh dulu supaya tgk movie nanti perut xlapar..hahaha kami lunch di NOODLE STATION..sedappp gila mknn kt sana..yg pentingnya tomyam die kaw gilaaa..hahaha semua mknn yg kami order kami rasa semua..semuanya sedap2..TERBAIKKK..lepas mkn kami terus masuk panggung..huhu xramainya org..hahahaha n cerita 2 xseramm sgt pon..biasa2 je..lps habis je cerita masing cari tandas sebabnya sejuk sgt kt dlm 2..hahaha

 ..
b4 balik kami pekena Hot & Roll dulu..huhu sedapp habis mkn 1 nk 2..


kami otw balik jengka kol6.45 ptg semuanya gara2 abah dtg lambat amik kami..bosan gila tggu abah lambat sampai..sementara tggu abah kami wt keje biasa kami iaitu bergambar diluar starmall org yg lalu kami buat xtw je..hahahaha biasa la kami nie mmg xtw malu sikit,,hehehe..lepas abah sampai je kami terus balik..dlm van semua diam je..sbbnya masing2 dh penat..hahahaha apa2 pon semalam adlh hari yg paling seronok...special thanks to all my girlfriends coz made my day..hehe okay that's all..tq for reading n assalamualaikum :)




Sunday, 23 September 2012

Friday, 10 August 2012

Senyuman Yang Menawan







” Senyum seindah suria, yang membawa cahaya ” Ungkapan yang sangat istimewa menggambarkan betapa cantik dan indahnya senyuman itu.. Keikhlasan senyuman itu lahir dari hati yang bersih dan suci.. Manisnya senyuman kerana sifat itu biasa diamalkan membawa satu ribu satu kebaikan buat mereka yang sentiasa senyum..
Senyuman itu menawan, pada para wanita khususnya isteri-isteri, berilah senyuman pada suami anda dengan senyuman itu lebih bahagia kamu berdua.. Senyumlah dikala dia ingin pergi lakukan tugas, senyumlah dikala sambutnya pulang dari tugasan, dan perolehlah kamu pahala sedekah, kerana senyum itu satu sedekah..
Senyumlah ketika bertemu rakan-rakan anda dan mereka pasti terpegun dan kagum tertanya “kenapa anda selalu tersenyum ?” Dengan senyuman anda itu membuatkan mereka tersenyum dan terus berjangkit..
Senyuman itu tenang, dikala keresahan tabah hadapi ia dengan senyuman, supaya kelihatan kental menangani masalah, supaya dapat lahir rasa tenang dan hilang rasa gugup.. Senyumlah dengan kekuatan yang ada…
Senyumanlah disamping pelanggan-pelangganmu terasa senang berurusan dengan anda, ditatapi wajah yang penuh gembira walaupun menghadapi hari sukar, insya allah, senyuman anda buat pelanggan anda akan sentiasa buat mereka teringat pada anda, mungkin bukan hari esok atau lusa, mungkin masa-masa yang akan datang, kerana hadirnya senyuman dirimu.
Senyuman itu manis, dan lebih manis dari madu yang boleh menjadi pengubat pada hati yang duka dan lara…
Tak rugi jika senyum, senyumlah dengan ikhlas supaya anda dapat merasa ketenangan darinya.. Renung-renungkanlah seketika.. :)


walaupun senyumku tidak secantik
dan semanis senyuman kamu tapi aku suka  senyum,,:) hehe

Tuesday, 15 May 2012

CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN


Bertepuk sebelah tangan juga difahami sebagai cinta sebelah pihak atau cinta yang tidak berbalas. Adalah lumrah dalam kehidupan, tidak semua perkara yang kita mahu akan menjadi milik kita. Begitu juga halnya dengan cinta. Tidak semestinya orang yang kita cinta akan mencintai kita kembali. Mengalami cinta yang bertepuk sebelah tangan sememangnya amat pedih. Silap haribulan, sakit jiwa dibuatnya.
Ada beberapa kategori cinta yang seringkali berakhir dengan bertepuk sebelah tangan.

Pencinta Rahsia

“Saya suka awak, tapi awak tak pernah tahu yang saya suka sangat-sangat kat awak” 
Kasih sayang si pencinta rahsia terhadap insan yang dicintai tidak terluah menyebabkan golongan ini sering makan hati dan tidak kurang juga berendam air mata. Mungkin kerana memikirkan si dia yang tidak akan menjadi miliknya. Mungkin kerana sayu memikirkan dirinya yang tidak diendahkan. Namun begitu, acapkali kesengsaraan hati yang dirasa oleh golongan ini adalah kerana memikirkan persoalan sama ada si dia yang dicintainya secara rahsia turut menaruh hati kepadanya. Soalan misteri yang sukar dicari jawapannya selagi bergelar pencinta rahsia.


Cinta Ditolak

“Saya hargai kasih sayang awk terhadap saya, tapi maaf, saya tak boleh terima awak”
Bagaikan halilintar membelah bumi, ayat seumpama inilah yang tidak mahu didengar oleh setiap insan yang meluahkan perasaan cintanya kepada si dia yang menjadi pujaan hati. Namun begitu, jika diambil dari sudut positif, sekurang-kurangnya anda dah tahu jawapannya dan bolehlah meneruskan langkah kehidupan. Cinta ditolak bukannya bermakna hidup turut berakhir.


Cinta Pada Yang Sudah Berpunya

“Ingin kupetik kau menjadi suri hidupku, apakan daya dirimu sudah disunting kumbang yang lain”
Baru saja hendak mengenali si dia yang menjadi pujaan hati dengan lebih dekat, barulah anda tahu rupa-rupanya si dia sudah menjadi milik orang. Tentu kecewa dibuatnya. Walau bagaimanapun seeloknya lupakan saja cinta anda kerana sudah tentu anda tidak mahu menjadi perosak dalam sebuah rumahtangga. Pada permulaannya mungkin sukar, tetapi anda perlu kuat dan luaskan pemandangan anda. Bak kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.


Cinta Pada Yang Tiada

“Aku sangka akulah yang paling menyayangi di dunia ini, namun Tuhan lebih sayang padamu”
Sedalam mana pun cinta kita sesama manusia, bila ajal jadi pemisah, tiada apa yang mampu kita lakukan. Mencintai si dia yang sudah pergi bertemu Ilahi sememangnya sakit. Setiap masa kita mencinta, merindu dan mendambakan hadirnya, tapi itu semua tidak mungkin akan terjadi di alam realiti. Kepada anda yang mencintai si dia yang sudah tiada, bangkitlah. Si dia yang anda nanti tidak mungkin akan kembali. Jika benar anda cinta padanya, hadiahkanlah doa dan lagukan kalimah ayat-ayat suci kepadanya. Namun begitu, ini tidak bermakna anda tidak boleh meneruskan kehidupan dan mencari kebahagiaan anda di dunia.


Kesimpulan

Walau dalam kategori apa sekalipun cinta tidak berbalas yang anda lalui, ingatlah bahawa sesungguhnya cinta kepada Tuhan adalah cinta yang paling agung dan sentiasa akan mendapat balasan dan kasih sayang dari-Nya. Kami dari Ayat-Ayat Cinta mendoakan agar warga pembaca yang cintanya bertepuk sebelah tangan mendapat kekuatan hati untuk meneruskan perjalanan. Masa depan adalah misteri, cinta sebenar untuk anda mungkin sedang menanti di hadapan. :)

p/s:copy from www.ayatayatcinta.net


Encik Jodoh bin Takdir




Surat Tidak Rasmi Untuk Awak.

ENCIK JODOH BIN TAKDIR
No:26, Jalan Hati-hati,
Taman Kembang Kuncup,
Negara Temu Jodoh.

17 Julai 2011.

Salam awak,
Malam ini saya tak dapat tido. Cik Lena saya taktahu pergi ke mana. Jadi apa salahnya saya tuliskan surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari isinya sampai kepada awak. Saya maklum awak takkan baca tapi saya degil juga untuk menulis.
Awak, ini mengenai soal hati. Soal perasaan. Saya taktahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak. Ada wajah awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada ‘gila-gila’ awak. Pasti bahagia nanti kan? Andai memang awak yang bisa merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak?
Seabad lamanya, saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya. Saya tak terlalu kesah seperti sekarang ini.Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini. Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan, akhirnya menjadi agenda utama otak saya. Untuk sesuatu yang saya tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata saya. Sesuatu itu adalah awak. Gila tapi cukup indah.
Bila awak ke utara, dan saya ke selatan, saya pening kadangkala. Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman. Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di timur melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.
Harapan saya, moga awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius. Jangan jadikan kata-kata awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang. Nanti pencemaran alam.
Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua.
Oleh itu saya simpulkan dalam 3 patah kata, saya sayang awak.

Yang benar,
Tulang rusuk awak sebelah lagi.


p/s:copy from www.ayatayatcinta.net

Thursday, 10 May 2012

DOA CINTA




Ya Allah

Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari bahtera hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku Ya Allah
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku boleh bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di Akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biar aku sendirian
Di dunia ini mahupun di Akhirat
Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

~AMIN~